Pelajar tingkatan 3 maut, rakan cedera, motosikal bertembung Mercedes

Pelajar tingkatan 3 maut, rakan cedera, motosikal bertembung Mercedes

Pelajar tingkatan 3 maut, rakan cedera, motosikal bertembung Mercedes
Keadaan kereta yang remuk selepas terbabit kemalangan dengan dua motosikal di Jalan Bemban-Jasin, tengah malam tadi. NSTP/Ihsan IPD Jasin

JASIN: Seorang pelajar tingkatan tiga maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas di Jalan Bemban-Jasin, tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd Fadzli Othman, berkata dalam nahas kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, Raja Zuhairi Najmi Raja Din meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada kepala dan badan manakala rakannya, Muhammad Adam Shaiful Amran, cedera ringan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berusia 16 tahun itu adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa dan ketika kejadian masing-masing menunggang motosikal Honda Wave dan Honda EX5.



Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua penunggang dari arah Jasin menghala ke Bemban, manakala kereta Mercedes dipandu pekebun, Leong King Loi, 72, dalam perjalanan dari Bemban ke Jasin.

“Terdahulu, kami menerima laporan kemalangan pada jam 12.22 tengah malam dan setiba di lokasi, siasatan awal mendapati pemandu kereta dipercayai hilang kawalan dan terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Pada masa sama, kedua-dua penunggang yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak dan membrek lalu bertembung dengan kereta terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Fadzli berkata, Raja Zuhairi Najmi berasal dari Kampung Saujana, Bandar Permaisuri, Terengganu.



Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Muhammad Adam yang cedera ringan turut dirawat di hospital sama manakala pemandu kereta tidak cedera,” katanya.

Pasangan kekasih ditahan rosakkan Mercedes Benz A200



Pelajar tingkatan 3 maut, rakan cedera, motosikal bertembung Mercedes

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading