Penyanyi veteran Julie Sudiro meninggal dunia
Penyanyi veteran Julie Sudiro meninggal dunia

PENYANYI veteran Datin Paduka Julie Sudiro meninggal dunia pada malam Sabtu akibat masalah paru-paru.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 malam Sabtu di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.
Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro meninggal dunia pada usia 80 tahun dan berita pemergiannya disahkan sendiri oleh anak lelakinya, Rindra Soliana.
Namun pada 15 Januari lalu, kesihatan Julie dilaporkan semakin stabil meskipun masih memerlukan bantuan pernafasan akibat paras oksigen menurun.
Berita kematian Julie turut disahkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat seluruh penggiat seni.
Julie dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat Johor namun dibesarkan di Singapura.
Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Tony Soliano yang juga merupakan pemuzik jazz.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rindra dan Jose Irmanto.
Untuk rekod, sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Julie pernah popular menerusi lagu Be Good To Me, Lambaian Kanda, Seruling Malam, Miang Keladi dan Gambar Kenangan.
Allahyarham juga pernah merakamkan album duet bersama rakan baiknya, Kartina Dahari dan pernah popular menerusi lagu seperti Cincin Kenangan, Marilah Bergembira, Burung Nuri dan Pulau Harapan.
Penyanyi veteran Julie Sudiro meninggal dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.