16 maut kemalangan di lebuh raya China

16 maut kemalangan di lebuh raya China

16 maut kemalangan di lebuh raya China

BEIJING: Insiden rempuhan di lebuh raya di tengah China mengorbankan 16 orang dan mencederakan puluhan yang lain, lapor pihak berkuasa.

Polis trafik dalam satu kenyataan berkata, lebih 50 kenderaan terlibat dalam beberapa perlanggaran di sepanjang lebuh raya di wilayah Hunan dalam tempoh 10 minit menyebabkan beberapa kenderaan terbakar.



Rakaman yang diterbitkan semula dalam talian oleh media People’s Daily milik kerajaan menunjukkan beberapa trak tertera logo syarikat penghantaran terbakar, puluhan kereta remuk dan terbalik serta kepulan asap hitam akibat kemalangan itu.

Polis trafik berkata, 16 orang terbunuh dalam kemalangan itu termasuk tujuh dalam satu perlanggaran manakala 66 yang lain cedera.

“Mereka yang cedera segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut termasuk lapan yang parah, namun dilaporkan stabil pada masa ini,” kata polis trafik.

apor People’s Daily, pelanggaran itu berlaku di ibu kota wilayah Changsha dan lebih 180 pekerja penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian.



Kementerian pengurusan kecemasan China menggesa siasatan segera dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan ngeri itu.-AFP

 

‘Tiada siapa bantu mangsa rempuhan, mereka hanya lihat dan rakam’



16 maut kemalangan di lebuh raya China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button