Ahli kariah tangkap lelaki 50 tahun disyaki curi tabung masjid

Oleh – Syeikh Baran


Ahli kariah tangkap lelaki 50 tahun disyaki curi tabung masjid
Tangkap layar CCTV memaparkan suspek mencuri wang dari tabung Masjid Che Mohid, Guntung, Setiu pada kelmarin.

Ahli kariah Masjid Che Mohid, Guntung di sini berjaya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun semalam yang disyaki kerap memecah tabung masjid itu termasuk terbaharu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, perbuatan lelaki tersebut memecah tabung masjid berkenaan dikesan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada pukul 5 pagi, kelmarin.



“Imam masjid berkenaan menerima ‘notification’ (pemberitahuan) menerusi telefon bimbitnya berhubung pergerakan mencurigakan yang telah dikesan oleh CCTV terbabit.

“Pemeriksaan rakaman CCTV kemudiannya mendapati suspek telah memasuki ruang masjid sebelum mencuri dari tabung disediakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, individu sama juga dikesan melakukan perbuatan serupa pada Rabu lalu.

Beliau berkata, imam dengan bantuan beberapa ahli jawatankuasa (AJK) masjid kemudiannya cuba menangkap suspek sebaik muncul sekali lagi pada pukul 3 petang semalam.



“Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap penduduk kampung yang berada di luar masjid. Berlaku pergelutan yang menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan pada bahagian muka,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button