Tomiyasu dedah punca Arsenal cemerlang

London: Pertahanan Arsenal, Takehiro Tomiyasu mendedahkan di sebalik kecemerlangan Arsenal pada musim ini.

Jelas bintang Jepun itu, setiap pemain sudah memahami falsafah bola sepak yang mahu diterapkan oleh pengendali Gunners, Mikel Arteta.

“Kami mempunyai beberapa pemain baharu tetapi yang paling penting ialah kami faham falsafah bola sepak Mikel berbanding musim lalu,” katanya.



Melihat kepada transformasi Arsenal di bawah bimbingan Arteta dalam tempoh hanya 12 bulan, sukar untuk menafikan pandangan bintang antarabangsa Jepun itu.

The Gunners kini menduduki tempat teratas di pertengahan musim Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka sudah mengumpul 50 mata daripada 19 perlawanan pertama mereka, lebih banyak berbanding barisan pasukan Arsenal lain dalam sejarah saingan EPL.



Setakat ini mereka hanya tewas sekali di Manchester United pada September lalu namun dapat membalas dendam ke atas skuad bimbingan Erik ten Hag dengan kemenangan 3-2 di Stadium Emirates kurang dua minggu lalu.

“Musim lalu kami sudah memahaminya tetapi tidak dapat menterjemahkannya di atas padang.

“Musim ini kami sudah faham dan menunjukkan bagaimana dia mahu kami bermain. Ini adalah perbezaan yang agak ketara,” katanya.

Agensi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading