Pokok keladi pun bertasbih, ikut alunan zikir jemaah surau

Sebagai hamba, umat islam wajib mempercayai tentang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Pekara yg dapat kita lihat secara langsung seperti fenomena alam ataupon pekara ghaib berkaitan
syurga dan neraka merupakan tanda – tanda kebesaranNya.

Ia seperti satu perkongsian video yang tular di TikTok, ia menunjukan satu kejadian yang seakan-akan tidak mempunyai penjelasan logik di sebaliknya.



Dalam video tersebut menunjukkan sebatang pokok keladi meliuk-liuk bergerak seolah-olah ada sesuatu yang mengerakkannya.

Hendak dikatakan berpunca dari angin, ia tidak mungkin kerana tanaman lain di sekeliling pokok berkenaan berada dalam keadaan pegun.

“Rancak pokok ni ikut bertasbih,” tulis pemilik video secara ringkas.

Dalam video tersebut turut kedengaran suara kjemaah daripada surau berdekatan sedang bertasbih.



Tanpa menyatakan lokasi kejadian tersebut, pemilik video berkenaan cuba menerangkan bahawa pergerakan pokok tersebut tidak ubah seperti orang yang sedang berzikir.

Namun sebagai peringatan , penemuan sebagai mengundang kekaguman dalam masyarakat.

Hakikatnya tidak salah sekiranya kita berasa teruja dan memuji kebesaran Allah pada setiap penemuan tersebut namun janganlah terlalu taksub dan berlebihan dengan menggangap ia satu keajaiban, kerana Islam bukan begitu.

 



Sumber : Mstar


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading