EPL: Everton janjikan Arsenal kesukaran

EPL: Everton janjikan Arsenal kesukaran

EPL: Everton janjikan Arsenal kesukaran
EVERTON berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas beraksi tanpa kalah dalam lima perlawanan termasuk meraih empat kemenangan. – AFP

LIVERPOOL – Pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure mengakui rakan-rakan sepasukan tidak akan memberi laluan mudah buat Arsenal untuk melakar kemenangan menjelang aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam esok.

Sebagai rekod, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta mengharapkan keajaiban untuk menjulang trofi EPL buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun apabila perlu meraih kemenangan ke atas Everton.

Selain itu, Arsenal perlu berdoa agar Manchester City gagal meraih mata maksimum pada aksi bertemu West Ham memandangkan kedua-dua pasukan ketika ini dipisahkan dua mata.



Menurut Doucoure, pasukan tuan rumah tidak boleh memandang rendah dengan keupayaan pasukan Everton yang mula mendapat momentum selepas tidak tewas pada lima perlawanan terakhir liga sebelum ini.

“Saya harap mereka tidak terlalu gembira kerana kita memiliki kualiti untuk menewas Arsenal di gelanggang keramat mereka nanti.

“Walaupun kami tidak mempunyai sebarang misi untuk aksi terakhir ini, saya percaya semua pemain akan beri yang terbaik di atas padang. Jika kami mampu untuk menafikan hasrat Arsenal, kenapa tidak kami mencubanya?

“Pasukan lawan kini lebih tertekan dan saya pasti kita boleh melakar kemenangan pada aksi terakhir liga kali ini sekali gus meneruskan momentum cemerlang sejak beberapa aksi lepas,” kata Doucore. – AGENSI

EPL: Everton janjikan Arsenal kesukaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button