Martinez calon penjaga gol terbaik FIFA

PARIS: Pemenang Piala Dunia, Emiliano Martinez serta Yassine Bounou dari Maghribi dan penjaga gawang Belgium, Thibaut Courtois hari ini dicalonkan untuk anugerah penjaga gol terbaik pada Anugerah FIFA.

Martinez menyinar pada Piala Dunia apabila memainkan peranan penting pada penentuan penalti Piala Dunia ketika negaranya menewaskan Perancis.

Dia bagaimanapun mencetuskan kontroversi dengan parlakuan kurang sopan pada majlis penyerahan trofi selaku penjaga gol terbaik kejohanan.



Bounou beraksi cemerlang bersama Maghribi apabila mereka menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Belgium mungkin melalui aksi buruk dalam Piala Dunia apabila tersingkir pada peringkat kumpulan namun Courtois menjadi arkitek kepada kejayaan Real Madrid meraih gelaran ke-14 Liga Juara-Juara.

Dalam kategori wanita, tiga penjaga gol dicalonkan ialah wakil Jerman, Ann-Katrin Berger, Mary Earps dari England dan penjaga gawang Chile, Christiane Endler.



Finalis untuk pemain lelaki dan wanita terbaik selain anugerah Puskas untuk gol terbaik akan diumumkan pada Jumaat.

Calon untuk jurulatih terbaik akan didedahkan hari ini.

Anugerah FIFA akan berlangsung di Paris pada 27 Februari.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading