PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa.

Maksudnya berhati-hati apabila berkata dan berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata dan bukan sebaliknya.



Itu adalah nasihat orang tua kepada kita semua dan ianya akan kekal relevan dahulu, kini dan selamanya.

Akibat tidak menuruti nasihat orang tua, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah, kini digantung oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KFM) dari mewakili negara.

Memang diakui, Hanis adalah seorang pemain yang berbakat dan berpengalaman.

Namun kerana tidak berhati-hati di dalam kata-kata, harga yang terpaksa dibayar oleh pemain berbakat seperti Hanis sangat mahal.



Hanis dilapurkan memuatnaik komen yang berbaur perkauman dan agak menghina konset AR Rahman yang diadakan pada 28 Januari 2023 lepas.

‘Bau best la kat dalam tu 😂’, komen Hanis terhadap konset yang majoritinya dihadiri ileh masyarakat India.

Benar, Hanis sudah meminta maaf tetapi seperti yang selalu dikatakan ‘damage already done’.

Penulis tidak mahu mengulas mengenai tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Hanis atau tindakan yang Hanis lakukan itu.



PN Mengambil Kesempatan Untuk Di Lihat Sebagai Hero

Apa yang sangat dikesali ialah isu ini telah diambil kesempatan sepenuhnya oleh Perikatan Nasional (PN) untuk mendapatkan ‘political mileage’.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, mengecam tindakan penggantungan yang dilakukan ke atas Hanis.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/09/hanis-dah-mohon-maaf-pemuda-pn-gesa-tarik-balik-gantung-pemain-hoki/



Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Fadhli, tindakan yang diambil ke atas Hanis adalah sangat keras.

Beliau juga menggesa supaya menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh, campurtangan dalam isu tersebut.

Bagi penulis, tidak perlulah dipolitikkan isu tersebut hanya kerana semata-mata mahu dilihat sebagai hero bangsa Melayu.

Fahamilah fakta dan alasan mengapa KHM mengambil tindakan yang agak keras.



Lagi pun KHM sudah pun mengeluarkan kenyataan akan mengkaji semula tindakan itu sekiranya Hanis menunjukkan perubahan sikap.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2023/02/09/hanis-didapati-bersalah-keluar-kenyataan-perkauman-digantung-wakili-negara/

Dengan anak sendiri pun adakalanya kita kena bertindak tegas untuk menyampaikan mesej kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.



Hanis masih muda dan diharapkan beliau benar-benar menyesali kesilapan yang dilakukan dan berubah.

Jangan disia-siakan bakat dan kebolehan yang ada hanya semata-mata kerana mengeluarkan kata-kata atau komen secara melulu.

Ambil pengajaran dari apa yang berlaku.

Yang paling penting, kerana isu ini ada kaitan dengan sensitiviti perkauman, tidak perlulah PN membesar-besarkannya.

Biar pihak KHM dan KBS mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua.

 

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button