Piala Shopee: Terengganu FC sasar ke separuh akhir

Piala Shopee: Terengganu FC sasar ke separuh akhir

Piala Shopee: Terengganu FC sasar ke separuh akhir
Skuad TFC kini sedang giat menjalani kempen pramusim menjelang aksi Liga Super yang bermula pada minggu depan. – Foto ihsan TFC

TERENGGANU FC (TFC) mensasarkan aksi separuh akhir selepas sah menyertai edisi sulung Kejuaraan Kelab Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Piala Shopee yang bermula pada Julai depan.

Ketua Pegawai Operasi TFC, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, perkembangan baharu itu dimaklumkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) menerusi sepucuk surat diterima pihaknya minggu lalu.

Beliau berkata, proses undian bagi peringkat kumpulan kejohanan berkenaan bakal diadakan 12 Mei depan di Ho Chi Minh, Vietnam.



“Pengurusan TFC telah menerima maklum balas AFF berhubung penyertaan kelab ini dalam Piala Shopee pada minggu lalu.

“Kami turut menerima jemputan pada sesi undian bagi menentukan lawan di peringkat kumpulan yang bakal berlangsung di Vietnam pada minggu depan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kalau Anak Saya Bersalah, Ambil Tindakan Jangan Tunggu, Kalau Saya Bersalah, Jangan Terbulu Bulu




Kejuaraan Kelab Asia Tenggara atau Piala Shopee merupakan edisi pertama dengan disertai 12 pasukan terbaik rantau ini dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Laos dan Kemboja.

Selain TFC, KL City FC turut disahkan mewakili negara ke Kejuaraan Kelab Asean yang julung kali diadakan itu.

Mohd. Syahrizan berharap undian tersebut kelak bakal memihak kepada TFC yang menyasar mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir.



Dalam pada itu berhubung pengenalan sistem VAR musim ini, beliau percaya pelaksanaannya mampu meningkatkan lagi kualiti pengadilan Liga Malaysia (Liga M).

“Saya harap isu mutu pengadilan yang saban tahun menjadi ‘pembunuh’ Liga M terutama membabitkan perlawanan penting seperti final dapat diminimumkan dengan penggunaan VAR.

“Semua pihak mungkin mengambil masa menyesuaikan diri dengan sistem baru itu namun saya yakin VAR boleh memberi impak positif dalam Liga M,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Piala Shopee: Terengganu FC sasar ke separuh akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Ada yang dapat tahanan rumah, kenapa Najib tidak dapat?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button