3 maut nahas babit kereta, treler di Rompin
3 maut nahas babit kereta, treler di Rompin
PETALING JAYA: Tiga maut dalam nahas melibatkan sebuah treler membawa muatan sawit dengan kereta, dalam kejadian di Jalan Muadzam Shah ke Rompin berhampiran Kilang Farm Fresh, Rompin, malam tadi.
Mangsa yang juga pemandu dan penumpang kereta itu dikenal pasti sebagai Nurul Natasha Ahmad Akbal, 22, Suhada Ramli, 22 dan Nazira Ramli, 23.
Ketiga-tiga mereka berasal dari Felda Selendang 1.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Muadzam Shah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Ketika sampai di lokasi kejadian, tiga mangsa wanita dewasa disahkan meninggal dunia di lokasi setelah disahkan oleh pegawai KKM yang hadir, manakala pemandu lori selamat dalam nahas terbabit
“Bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dinaiki mangsa remuk teruk akibat kemalangan itu,” kata kenyataan itu.
Katanya, semua mayat mangsa diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.
Pemilik syarikat, penyelia ditahan kemuka tuntutan palsu RM60,000 babit kerja pembersihan
3 maut nahas babit kereta, treler di Rompin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara