Operasi SAR budak jatuh longkang, dikhuatiri lemas ditangguhkan

Operasi SAR budak jatuh longkang, dikhuatiri lemas ditangguhkan

Operasi SAR budak jatuh longkang, dikhuatiri lemas ditangguhkan
Operasi SAR kanak-kanak dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, petang tadi. – Foto ihsan JBPM

AMPANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak yang masih hilang serta dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana di sini, petang tadi, ditangguhkan sementara berikutan keadaan gelap.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata operasi bermula jam 5.08 petang itu ditangguhkan pada jam 8.15 malam tadi.

“Kira-kira 30 anggota meliputi Unit Anjing Pengesan (K9) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta agensi lain, terbabit dalam operasi ini.



“Kita akan memindahkan pusat kawalan (operasi) ke sebuah tahfiz berhampiran untuk operasi SAR esok, memandangkan lokasi itu lebih dekat dengan laluan pencarian.

“Keluasan kawasan pencarian esok dianggarkan sejauh satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh ke parit berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas apabila dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana.

Seorang kanak-kanak terbabit, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan, 8, kemudian ditemui maut kira-kira jam 6.30 petang pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh, manakala Muhammad Rizqullah Mohd Shafie, 10, masih hilang.



Mengulas lanjut, Norazam berkata, kejadian berlaku ketika dua mangsa terbabit dipercayai bermain air berhampiran longkang berkenaan bersama tiga lagi rakan mereka.

“Ketika kejadian, hujan lebat dan dua mangsa berkenaan mungkin tergelincir ke longkang sedalam 1.2 meter sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya.

Covid19, Aktiviti Pulau Perhentian Ditangguhkan



 

Operasi SAR budak jatuh longkang, dikhuatiri lemas ditangguhkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button