Mahkamah Tolak Bantahan Hadi Terhadap Petisyen Calon BN

Mahkamah Tolak Bantahan Hadi Terhadap Petisyen Calon BN

Mahkamah Tolak Bantahan Hadi Terhadap Petisyen Calon BN

Hadi Awang bakal kehilangan kerusi parlimen Marang apabila Mahkamah Pilihanraya Terengganu menilak bantahan beliau terhadap petisyen calon BN.

Petisyen tersebut difailkan calon BN, Jasmira Othman, untuk membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan tersebut selepas mendengan hujah dari Wan Rohimi yang mewakili Hadi dan Mohd Hafarizam yang mewakili Jasmira sebagai pempetisyen.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/12/mahkamah-tolak-bantahan-hadi-terhadap-petisyen-calon-bn/

Hadi juga diwakili oleh Saifuddin Othman, manakala Jasmira diwakili Mohamed Baharudeen, Norhazira dan Muhammad Amin.



Hakim Hassan turut memerintahkan Abdul Hadi membayar kos RM20,000 kepada Jasmira.

Beliau juga menetapkan perbicaraan petisyen tersebut pada 6 Mac ini.

Petisyen tersebut difailkan atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri.

Sogokan dilakukan pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.



 

Mahkamah Tolak Bantahan Hadi Terhadap Petisyen Calon BN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button