Pedri bantu Barca terus terajui La Liga

BARCELONA: Jaringan tunggal Pedri memberikan Barcelona kemenangan 1-0 mengatasi Villarreal awal pagi tadi seterusnya mencipta kelebihan 11 mata berbanding pasukan tangga kedua, Real Madrid di persada La Liga.

Juara bertahan itu yang menang Piala Dunia Kelab Sabtu lalu, akan berdepan Elche pada pertengahan minggu untuk cuba kembali mengurangkan jurang.

Pada aksi awal, Memphis Depay menjaringkan gol pertamanya buat Atletico Madrid ketika skuad kendalian Diego Simeone menewaskan Celta Vigo 1-0 seterusnya berada di tangga keempat.



Barcelona terus bernasib baik dalam pertembungan di Estadio de la Ceramica dan menahan tekanan skuad Yellow Submarine daripada membocori gawang mereka dalam usaha memenang kejuaraan pertama sejak 2019.

Pertahanan, Ronald Araujo berjaya melakukan beberapa halangan bagi mempertahankan kelebihan tipis Barcelona hingga penghujung seterusnya mencipta satu lagi kemenangan tanpa bolos.

Barcelona menyekat lawan mereka dalam 16 daripada 21 aksi liga musim ini, melepaskan hanya tujuh gol.



“Sebenarnya kami bekerja keras (untuk bertahan),” kata Araujo kepada Movistar.

“Kami perlu memperbaiki perkara ini daripada musim lalu, apabila pasukan lawan menjaringkan banyak gol berdepan kami, adalah sukar buat kami mengekalkannya tanpa bolos.

“Kami beraksi baik di pertahanan dan pemain tengah tidak memberikan ruang, sama seperti penyerang. Ia adalah hasil kerja keras kami.”

Penjaring terbanyak La Liga, Robert Lewandowski terlepas dua peluang keemasan buat Barcelona.



Bagaimanapun penyerang antarabangsa Poland itu membalasnya dengan membantu Pedri membuka jaringan pada minit ke-18.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button