Protes perlantikan pemimpin baharu, pejabat wilayah dibakar

Protes perlantikan pemimpin baharu, pejabat wilayah dibakar

Protes perlantikan pemimpin baharu, pejabat wilayah dibakar
PEJABAT Wilayah Huamual hangus dijilat api akibat dibakar penduduk setempat.-AGENSI

AMBON: Puluhan penduduk di Luhu wilayah Seram Barat di Maluku bertindak membakar Pejabat Wilayah Huamual berikutan protes terhadap pelantikan Raja Luhu dan Lembaga Adat yang baharu.

Ketua Polis Seram Barat, Dennie Andreas Dharmawan yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan kesemua suspek yang terlibat dalam kes itu sudah ditahan.

“Kami segera menahan penduduk yang terlibat membakar bangunan pejabat yang menjadi simbol kuasa negeri di wilayah itu.



“Suspek sedang disoal siasat, ini adalah lambang negeri, tiada sesiapa pun dibenarkan menentang dan memusnahkan pejabat ketua negeri,” katanya di lokasi kebakaran.

Dennie berkata, pembakaran bangunan pejabat pentadbiran Huamual itu menyusul bantahan segelintir masyarakat yang tidak menerima ketua kampung akan ditabalkan sebagai Raja oleh Pemerintah Daerah Wilayah Seram Barat di Maluku.

“Ada segelintir masyarakat yang tidak menerima ketua kampung disahkan sebagai Raja dan perasmian institusi tradisi Luhu,” katanya.

Pemangku Bupati Seram Barat, Andi Chandra As’uddin yang tiba di lokasi kebakaran segera mengarahkan perkhidmatan dipindahkan sementara ke Bangunan Pejabat Pengangkutan di Pelabuhan Luhu.



“Api yang menjulang tinggi membakar seluruh bangunan itu. Penduduk yang datang ke lokasi kebakaran tidak dapat berbuat apa-apa selepas api bebas mengelilingi bangunan pejabat berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini tetapi semua dokumen penting dan aset pejabat mukim musnah terbakar,” kata Andi.

Umum rehat politik, Azmin takut kalah



Protes perlantikan pemimpin baharu, pejabat wilayah dibakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button