Operasi menyelamat Turkiye-Syria bakal berakhir
Operasi menyelamat Turkiye-Syria bakal berakhir
ANTAKYA: Selepas 216 jam gempa bumi melanda tenggara Turkiye dan Syria yang mengorbankan lebih 37,000 orang semalam, operasi mencari dan menyelamat dikatakan bakal berakhir.
Sehingga kini, rakaman dron menunjukkan jengkaut mula mengalihkan serpihan runtuhan bangunan dari kawasan bencana di bandar wilayah Hatay yang dilanda teruk di Turkiye.
Situasi itu bagaikan satu isyarat bahawa operasi mencari dan menyelamat bakal menemukan penghujungnya.
Kelihatan beberapa jengkaut hidraulik besar berhampiran bandar Antakya turut mengikis timbunan batu atau menumbangkan puncak bangunan konkrit yang rapuh dan terumbang-ambing.
Rakaman dron turut menunjukkan habuk bertebaran di udara dari runtuhan ketika konkrit jatuh.
BERMULA FASA KEMANUSIAAN
Di bandar Aleppo, Syria yang hancur, Ketua Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Martin Griffiths berkata, fasa menyelamat kini hampir berada di penghujungnya.
Katanya, pada waktu ini merupakan fasa kemanusiaan yang memenuhi keperluan mangsa-mangsa yang terselamat.
“Sekarang, tiba pula fasa kemanusiaan, keperluan mendesak untuk menyediakan tempat tinggal, penjagaan psiko-sosial, makanan, persekolahan dan masa depan untuk mangsa-mangsa yang terselamat. Itulah kewajipan kami sekarang,” katanya kepada pemberita.
Sukarelawan pertahanan awam Syria, White Helmets merupakan pasukan mencari dan menyelamat yang sudah pun menamatkan pencarian mangsa yang masih hidup di negara berkenaan.
Mereka berpendapat, agak sukar untuk menemukan mangsa yang masih hidup selepas tempoh 109 jam di bawah runtuhan bangunan selain bantuan yang terhad ke negara itu yang bergolak dengan pemberontak.
Pasukan itu memberitahu, kelmarin merupakan permulaan tempoh tujuh hari berkabung di Syria.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ: Dari Politik Ke DJ Radio aka DJ Sukaneka Alam Ria Kanak-Kanak
- Hasmuni, Hairi umum bertanding jawatan Pemuda Umno
- Ismail Sabri seharusnya respon dan sanggah kenyataan Lokman Adam
- Dari Sg Buloh ke radio, KJ akan tubuh parti baru?
“Kami akan mengibarkan bendera separuh tiang mulai 13 Februari untuk meratapi mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria,” ciap kumpulan itu di Twitter.
Tambah White Helmets, pihaknya turut mengisytiharkan setiap 6 Februari sebagai hari perkabungan kebangsaan tahunan bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi gempa bumi.
TENTERA RUSSIA BANTU SYRIA
Kementerian Pertahanan Russia memberitahu, lebih 300 tentera dan 60 unit peralatan ketenteraan khas negara itu akan dihantar membantu Syria yang terjejas teruk akibat gempa bumi.
Kementerian itu menerusi satu kenyataan dalam Telegram berkata, anggota tentera Russia akan terus menjalankan aktiviti membersihkan runtuhan bangunan akibat gempa bumi di negara berkenaan.
“Lebih 300 tentera dan 60 unit tentera dan peralatan khas telah terlibat dalam kerja itu,” menurut kementerian berkenaan.
Selain bantuan tersebut, bungkusan makanan dan pembasmi kuman serta barangan keperluan lain juga akan dihantar ke pusat bantuan kemanusiaan di bandar barat laut Aleppo.
TERKINI: Angka korban Turkiye-Syria cecah 41,000, Erdogan anggap sejarah terburuk umat manusia
Operasi menyelamat Turkiye-Syria bakal berakhir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :