Pemohon kerja, perekrut pakai topeng elak diskriminasi

Pemohon kerja, perekrut pakai topeng elak diskriminasi

Pemohon kerja, perekrut pakai topeng elak diskriminasi
BEBERAPA individu yang memakai topeng sedang menunggu untuk ditemuduga oleh perekrut syarikat. – AGENSI

BEIJING: Sebuah syarikat di Chengdu, China mendapat pujian ramai setelah meminta pemohon kerja dan perekrut memakai topeng bagi mengelakkan diskriminasi berdasarkan rupa.

Lapor Oddity Central, Chengdu Ant Logistics baru-baru ini menjadi tajuk utama berita selepas satu video menunjukkan proses pengambilan pekerja menjadi tular dalam media sosial.

Video itu dirakam oleh seorang daripada individu yang menghadiri temuduga pekerjaan tersebut.



Klip video pendek itu menunjukkan beberapa individu yang memakai topeng sedang menunggu untuk ditemuduga oleh seorang perekrut syarikat yang turut mengenakan topeng.

Sejak itu, syarikat tersebut mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu, dengan mendakwa video berkenaan dirakam pada karnival kerjaya yang diadakan baru-baru ini.

Jelas syarikat itu, pemakaian topeng diperkenalkan bagi menghapuskan diskriminasi berdasarkan rupa.

Sementara itu, syarikat logistik memaklumkan kaedah merekrut pekerja yang unik itu dilaksanakan bagi mengurangkan tahap stres pemohon kerja.

Malah, menurut syarikat itu, pendekatan tersebut digunakan bagi menghargai kebolehan individu yang memohon kerja berbanding penampilan mereka.



Video yang tular dalam media sosial mendapat reaksi positif daripada jutaan warganet.

Sebahagian besar warganet menyatakan mereka sanggup dan tidak kisah mengenakan topeng apabila memohon pekerjaan baharu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button