Mati selepas selamatkan penalti

London: Penjaga gol Belgium Arne Espeel mati mengejut pada usia 25 tahun selepas rebah di atas padang kelmarin, beberapa saat selepas menyelamatkan sepakan penalti.

Pemain itu beraksi dengan Winkel Sport B dalam divisyen dua di Belgium.

The Guardian melaporkan kelabnya mendahului 2-1 ketika menentang Westrozebeke sebelum pasukan lawan diberikan penalti.



Espeel berjaya menyelamatkan sepakan itu tetapi rebah beberapa saat kemudian.

Petugas perubatan segera memberikan bantuan awal dan cuba menyelamatkannya menggunakan defibrilator namun meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Perlawanan berlangsung di venue Winkel Sport B di Sin-Eloois-Winkel, West Flanders Province.



Kelab penjaga gol itu dalam kenyataannya berkata: “Winkel Sport berasa sangat sedih dengan kematian mengejut Arne Espeel.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Arne dengan kematiannya yang dianggap kehilangan besar kepada kelab.”

Punca kematian tidak diketahui susulan keputusan autopsi tidak didedahkan kepada umum.

Agensi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading