Tujuh lapangan terbang di Jerman lumpuh Jumaat ini

Tujuh lapangan terbang di Jerman lumpuh Jumaat ini

Tujuh lapangan terbang di Jerman lumpuh Jumaat ini
BEBERAPA pesawat syarikat penerbangan Jerman Lufthansa dilihat diletakkan di landasan Lapangan Terbang Frankfurt di Frankfurt. -AFP

FRANKFURT: Ribuan pekerja di tujuh lapangan terbang Jerman termasuk hab yang sibuk di Frankfurt dan Munich akan melancarkan mogok sehari pada hari Jumaat ini bagi menuntut skala gaji yang lebih tinggi.

Lapor AFP, mogok itu akan dianjurkan Kesatuan Sekerja Verdi.

Tindakan protes itu dijangka menyebabkan kelewatan dan pembatalan penerbangan kepada puluhan ribu penumpang terutama perjalanan domestik.



Timbalan Pengerusi Verdi, Christine Behle berkata, para pekerja akan bersama-sama memberi tekanan kepada majikan masing-masing pada hari berkenaan kerana rundingan setakat ini tidak mencapai sebarang hasil.

Kesatuan Verdi kini mengepalai rundingan untuk pekerja sektor awam, kru lapangan terbang dan kakitangan keselamatan penerbangan yang menuntut gaji yang lebih baik.

Hal ini berikutan para pekerja melihat pendapatan mereka kecil selain dihimpit oleh kos sara hidup yang lebih tinggi.

Mogok sehari bagaimanapun akan menjejaskan operasi lapangan terbang di bandar Bremen, Dortmund, Frankfurt, Hamburg, Hanover, Munich dan Stuttgart.



Bagaimanapun, Kesatuan Verdi memberi jaminan bahawa penerbangan bagi menyampaikan bantuan mangsa gempa bumi ke Turkiye dan Syria tidak akan terjejas.

Kesatuan itu menggesa para pelancong supaya memahami berhubung situasi yang akan berlaku itu.

Pihaknya dilaporkan sudah membuat pengumuman awal bagi memberi masa kepada para penumpang membuat rancangan alternatif.

“Inflasi, tenaga tinggi dan harga makanan memaksa ramai pekerja ke dalam keadaan tidak menentu,” kata Behle. “Mereka memerlukan lebih banyak wang untuk menyara hidup.”



Kesatuan itu melancarkan mogok serupa di lapangan terbang Berlin Brandenburg bulan lalu sehingga menyebabkan pembatalan atau penjadualan semula kira-kira 300 penerbangan.

Seluruh Perancis lumpuh, sejuta mogok bantah usia persaraan 64 tahun

Tujuh lapangan terbang di Jerman lumpuh Jumaat ini

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button