33 maut bas mini terbabas di Panama

33 maut bas mini terbabas di Panama

33 maut bas mini terbabas di Panama

PANAMA CITY: Sekurang-kurangnya 33 maut apabila bas mini yang membawa 66 pendatang asing menuju ke Amerika Syarikat (AS) terbabas di Gualaca, Chiriqui dekat sini.

Lapor AFP, Pengarah Penghijrahan Panama, Samira Gozaine memberitahu penyiar Telemetro bahawa buat masa ini, pihaknya hanya menerima maklumat berkenaan.



Bagaimanapun, Presiden Panama, Laurentino Cortizo mengumumkan bahawa pada awal pagi tadi, hanya 15 orang dilaporkan maut dan angkanya terus meningkat.

Katanya, kerajaan turut menyediakan rawatan perubatan untuk mangsa-mangsa yang terselamat.

Pesuruhjaya operasi transit polis, Emiliano Otero pula berkata kepada wartawan, bas itu membawa 66 penumpang termasuk pemandu dan seorang pembantu apabila terbabas kira-kira 400 kilometer ke barat ibu kota Panama City.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum melaporkan status kewarganegaraan mangsa atau jumlah yang tercedera.



Kapal Hong Kong, Panama ditahan bersauh secara haram

33 maut bas mini terbabas di Panama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button