Restoran Murni Discovery

Walk Walk Find Food !!

Restoran Murni Discovery

Restoran Murni Discovery
Sumber: Restoran Murni

Kotaraya moden, Kuala Lumpur, bukan sekadar terkenal dengan menara KLCCnya, tapi juga dengan kebanjiran tempat makan yang agak mustahil untuk habis teroka. Terlampau banyak, dari yang terletak di tengah-tengah kota, hinggalah yang tersembunyi.

Yang menariknya, sebagai orang KL, anda tak perlu menghabiskan masa berjam-jam atau ratusan ke ribuan ringgit untuk terbang jauh ke negeri atau negara lain bagi menikmati hidangan yang dirindui atau teringin untuk dicuba.

Ini kerana di KL terdapat pilihan yang tidak terhad hanya pada masakan tempatan, tapi juga masakan-masakan antarabangsa seperti, Arab, USA dan Itali. Hanya perlu tanya selera.



Namun begitu, bukan semua tempat makan menjanjikan kelazatan yang diharapkan. Untuk mengelakkan rasa kecewa, anda boleh memilih daripada 51 tempat makan menarik di Kuala Lumpur seperti yang disenarikan dalam artikel ni. Pasti tak akan kecewa!

Tak pasti nak makan masakan Melayu, Cina atau India? Singgah sahaja ke Restoran Murni Discovery dan lihat apa menu yang membuatkan anda terliur. Ya, restoran ini menghidangkan masakan tradisional kesemua kaum yang ada di Malaysia. Dari menu seperti nasi goreng hinggalah kepada roti naan berkeju, cukup padat dengan pilihan.

 

Tidak cukup dengan itu, menu daripada Itali seperti Pizza juga turut ditawarkan. Pendek kata, anda tak akan kecewa dengan pilihan makanan yang ada di restoran ni, begitu banyak.

Selain di Bukit Jalil, Restoran Murni turut memiliki banyak lagi cawangan lain yang boleh anda singgah seperti di USJ, Sunway Mentari, SS2 PJ, Aman Suria, Shah Alam dan juga Bandar Sri Permaisuri Cheras. Tak kisahlah yang mana pun cawangan yang anda pilih untuk singgah, semuanya menghidangkan menu yang dimasak dengan sempurna.



Restoran Murni Discovery

Roti Canai Sarang Burung “Special” Di Setiawangsa [VIDEO]

 



📍 Alamat⌚ Waktu Operasi

Alamat: 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Restoran Murni Discovery




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading