Gempa bumi: ‘Gadis ajaib’ antara tiga diselamatkan
Gempa bumi: ‘Gadis ajaib’ antara tiga diselamatkan
ANTAKYA: Selepas 10 hari, sekurang-kurangnya tiga lagi mangsa gempa bumi diselamatkan di Turkiye termasuk dua kanak-kanak bawah umur yang ditarik hidup-hidup dari bawah runtuhan bangunan.
Lapor CNN, salah seorang mangsa, Aleyna Ölmez,17, turut digelar ‘gadis ajaib’ apabila berjaya ditarik hidup-hidup dari runtuhan di Turkiye kelmarin, 248 jam selepas gempa bumi melanda pada 6 Februari lalu.
Selepas Aleyna, seorang lagi mangsa, Neslihan Kilic, 30, dan seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Osman juga berjaya diselamatkan.
Pasukan penyelamat berkata, terdapat lebih ramai mangsa yang tertimbus di kawasan berdekatan.
Usaha menyelamat kini dikatakan semakin beralih kepada operasi pemulihan selepas bencana dahsyat berkenaan.
Setakat semalam, sekurang-kurangnya 43,885 orang maut di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi kuat 7.8 dan 7.5 magnitud.
Usaha untuk mendapatkan mangsa-mangsa yang terselamat turut dihalang dengan musim sejuk di seluruh wilayah yang dilanda gempa bumi manakala pihak berkuasa dikatakan bergelut dengan cabaran logistik untuk mengangkut bantuan ke barat laut Syria.
Syria dikatakan berada di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang teruk ditambah lagi dengan perselisihan politik selama bertahun-tahun.
Menurut Menteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozdağ, sekurang-kurangnya 54 ditangkap di negara itu berkaitan kesalahan kod binaan bangunan yang musnah akibat gempa bumi.
Gempa bumi: ‘Gadis ajaib’ antara tiga diselamatkan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.
- Nama dalam senarai Pandora akan disiasat?
- Akibat Takut kena dakwa, Muhyiddin pesan jangan salah guna kuasa kepada Anwar.
- “Saya tiada papan cai” – Arman Azha
- Selagi Zamri Masih Pengarah AMLA, Mampukah SPRM Selesaikan Kes Berprofil Tinggi?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Umum rehat politik, Azmin takut kalah
- Sudah tukar Empat Perdana Menteri masih tidak mampu dakwa Zeti.
- Pemilihan – ‘Broker’ pasang proksi untuk kuasai Umno
- Yang dipecat dan digantung keahlian letak harapan pada calon proksi dipemilihan UMNO.
- Netizen gesa tindakan tegas atas bekas atlet