‘Apa masalah dia ni?’

Oleh – Syeikh Baran


‘Apa masalah dia ni?’
Tangkap layar kejadian tular tersebut yang dikongsikan di lama Instagram hari ini.

Seorang pemandu kereta jenis Toyota Camry mendapat kecaman ramai selepas tular video memaparkan kenderaan tersebut menghalang laluan ambulans yang dalam urusan kecemasan.

Meskipun siren kecemasan dibunyikan ketika kejadian, pemandu tersebut dilihat enggan mengubah lorong dan memberi laluan kepada ambulans.



Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) petang tadi.

Dalam rakaman sama, salah seorang petugas kesihatan yang berada di dalam ambulans juga telah menggunakan pembesar suara meminta pemandu terbabit segera memberikan laluan kepada mereka namun tidak diendah.

Kemudian, pemandu terbabit juga dilihat memandu secara berbahaya sehingga menyukarkan ambulans untuk memotong.

Rakaman yang dimuat naik di laman Istagram @careta_malaysia itu mendapat lebih 40,000 tontonan sejak sejam lalu.



“Apa masalah dia ini? Nanti ada la ahli keluarga yang muncul kata pemandu pekak, sebab itu tak dengar,” perli seorang pengguna.

“Beliau tidak pandai tengok cermin pandang belakang kah?,” soal Syawal.

“Bagi video pada PDRM (Polis Diraja Malaysia), gaya memang sengaja provok (provokasi),” kata Love_speed.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading