Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Ini Baru Artis Serba Boleh!’

Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon, Alif Satar sememangnya seorang yang disenangi dan mudah didekati oleh netizen kerana sering memaparkan sisi lelaki budimannya secara terbuka.

Boleh guna bahasa isyarat

Terbaharu, seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah video berdurasi 00:42 saat, di mana dia merakam tindakan Alif Satar melayan peminat yang ingin bergambar dengannya di hadapan sebuah lif.

Lebih menarik, peminatnya itu merupakan seorang pekerja di bangunan tersebut dan dipercayai orang kelainan upaya (OKU) percakapan (bisu).

Tidak kekok melayan peminatnya itu, Alif sebaliknya berkomunikasi dengan pekerja tersebut menggunakan bahasa isyarat. Malah, boleh dikatakan begitu lancar dan fasih!



Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan dan dia juga fasih menggunakan bahasa isyarat!

Tambah pemilik akaun tersebut yang dikatakan rakan kepada Alif Satar itu, dia juga tidak menyangka bahawa pengacara Big Stage tersebut boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik.

Barulah ‘influencer’, lengkap semua!

 

 

@johnlemmonnn Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar ♬ original sound – johnlemmonnn

 

Sumber: TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker