Falcao sertai JDT?

KUALA LUMPUR: Falcao akan ke Johor Darul Ta’zim (JDT)?

Itu khabar angin yang berlegar di media sosial ketika ini, selepas ejen pemain itu, Morris Pagniello memuat naik satu gambar dirinya bersama penyerang kelab La Liga, Rayo Vallecano itu.

Dalam hantaran terbabit, Pagniello meletakkan kapsyen ‘hanya bersama yang terbaik’ berserta nama Instagram pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.



Hantaran tersebut terus mendapat reaksi Tunku Ismail yang meninggalkan simbol tanda bagus di ruangan komen ejen bola sepak itu.

Untuk rekod ini bukan kali pertama bekas pemain Manchester United dan Chelsea dikaitkan dengan JDT apabila pada tahun lalu portal sukan Turki, Fotomac mendakwa JDT memohon dengan kelab Turki, Galatasaray yang ketika itu merupakan pasukan yang diwakili Falcao.

Bagaimanapun, JDT ketika itu menafikan membuat tawaran kepada penyerang berusia 37 tahun terbabit untuk membenarkan dirinya beraksi bersama pasukan Harimau Selatan.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button