Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

Malaysiakini melapurkan, presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, telah mengesahkan Wan Saiful yang didakwa di mahkamah telah meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan PPBM.

Menurut Muhyiddin, tindakan itu bukanlah bermaksud PPBM berpendapat bahawa Wan Saiful sudah bersalah.



Tetapi menurut Muhyiddin, ianya adalah kerana kononnya PPBM mahu meletakkan satu ‘standard’ supaya tidak ada pihak memandang serong kepada PPBM.

Dalam artikata lain, maksud Muhyiddin, tindakan itu adalah untuk menjaga kredibiliti dan integriti parti PPBM.

Bagaimana pula dengan sepupu kepada menantu Muhyiddin Yasin, Adam Radlan Adam Muhammad?

Bukankah beliau sekarang ini memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian PPBM Segambut?



Dan bukankah beliau juga sudah didakwa di mahkamah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah?

Malah, Adam Radlan juga dipercayai individu yang menjadi orang tengah untuk meminta duit rasuah dari kontraktor yang mendapat kontrak dari program Jana Wibawa?

Sudahkah beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian PPBM Segambut?

Menurut satu kenyataan yang dikatakan dikeluarkan oleh pihak SPRM, Muhyiddin merupakan antara suspek yang sedang disiasat dalam skandal Jana Wibawa.



Persoalannya, apakah Muhyiddin juga akan meletakkan jawatan sebagai presiden PPBM dan pengerusi PN sekiranya beliau diheret ke mahkamah?

Sama-sama kita tunggukan…

 

Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button