Nik Muhammad Zawawi Dedahkan PAS Adalah Parti Yang Kaya

Nik Muhammad Zawawi Dedahkan PAS Adalah Parti Yang Kaya

PAS sekarang bukan lagi seperti PAS yang dahulu.

Seperti kata pepatah, lain hulu lain parang, lain dahulu dan lain sekarang.



Kalau dahulu bolehlah beranggapan bahawa PAS adalah sebuah parti yang miskin sehingga tabung MILO menjadi ‘trade mark’ kepada PAS.

Penampilan ‘ulamak PAS’ juga dilihat ikut berubah mengikut musim.

Kalau di zaman sebelum berpeluang merasa kegelian menikmati kerusi kerajaan, jubah dan serban menjadi trend kepada pakaian pemimpin dan ‘ulamak PAS’.

Namun selepas dapat merasakan nikmat kegelian menikmati kerusi empuk di Putrajaya, pemimpin dan ‘ulamak PAS’ berubah 360 darjah.



Cuba lihat kehadiran mereka di Dewan Rakyat sekarang.

Kot dan tali leher telah menggantikan jubah, manakala rambut berjambul pula telah menggantikan serban yang sebelum ini dililit di kepala.

Malah PAS juga sekarang ini rupa-rupanya adalah sebuah parti yang kaya aka banyak duit.

Bukan penulis yang kata, tetapi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh, yang berkata demikian.



“PAS ini banyak duit”.

“Kalau PPBM tiada duit, maka kita beri mereka duit”.

“Tetapi, tidak kiralah untuk apa-apa pun selepas ini, duit banyak sahaja yang akan diberikan oleh ahli-ahli PAS,” kata beliau.

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/655967

Apa yang dikatakan oleh Nik Muhammad Zawawi itu bukanlah kata-kata kosong.

Video klip di atas jelas menunjukkan, betapa banyaknya duit PAS terutamanya ketika kempen PRU 15.

Malah perbicaraan kes Hadi Awang di Mahkamah Pilihanraya pada bulan Mac ini adalah satu lagi bukti betapa banyaknya duit PAS.



Dan mungkin selepas itu SPRM pula boleh membuat semakan atau audit untuk mengesahkan kekayaan PAS.

 

Nik Muhammad Zawawi Dedahkan PAS Adalah Parti Yang Kaya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button