Dakwa makanan tawar, enggan bayar bil RM2,000

Oleh – Syeikh Baran


Dakwa makanan tawar, enggan bayar bil RM2,000
Ancharika kerugian hampir RM2,000 selepas kejadian itu. – Pinterest

Pemilik sebuah restoran di wilayah Chon Buri, Thailand bertegas untuk menuntut keadilan selepas 20 pelanggan enggan membayar bil makanan yang mencecah 15,000 baht (RM1,988).

Laman berita Thaiger melaporkan, pemilik restoran bernama Ancharika memfailkan aduan mengenai kejadian itu di Balai Polis Bang Lamung pada Isnin lalu.



Ancharika mendakwa bahawa sekumpulan pelanggan enggan membayar bil dan mengugut untuk menyamannyanya kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Pelanggan tersebut telah menempah restoran Ancharika untuk menyambut hari jadinya. Dia datang ke premis itu bersama kira-kira 20 rakan sekerja dan berseronok dari pukul 4 pagi hingga 8 pagi (waktu tempatan).

Wanita itu kemudian mengadu kepada Ancharika bahawa makanan di restorannya berasa tawar dan lebih mahal berbanding tempat lain. Dia juga menuduh perkhidmatan di restoran itu sebagai tidak memuaskan.

Ancharika kemudian memutuskan untuk memberikan diskaun kepada mereka sebanyak 1,000 baht (RM132) sebagai cara memohon maaf.



Bagaimanapun, pelanggan berkenaan masih enggan membayar bil dengan alasan tidak mahu membazirkan wang untuk makanan yang teruk. Mereka kemudian meninggalkan premis itu.

Ancharika meluahkan rasa kecewanya kerana dia baru sahaja membuka restoran tersebut dan tidak menjangkakan kerugian yang begitu ketara. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button