Gempa bumi kuat melanda Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda Tajikistan-Rantau Sempadan Xinjiang pada 8.37 pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 49 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 363km timur laut dari Taloqan, Afghanistan.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.



– BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button