Sorakan terima kasih iringi pasukan SMART di lapangan terbang Gazientep

KUALA LUMPUR: Sorakan dan tepukan mengiringi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kumpulan pertama (MAS-01) di Lapangan Terbang Gazientep di Turkiye.

Pasukan itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas berada 14 hari di di wilayah Gazientep kawasan terjejas akibat gempa bumi pada 6 Februari lalu bagi kerja mencari dan menyelamat (SAR).

Sebelum ini, pasukan itu mendapat perhatian rakyat Turkiye selepas berjaya menyelamatkan lima sekeluarga yang terperangkap enam hari dalam runtuhan bangunan kediaman mereka.



Jurucakap pasukan berkenaan dilaporkan berkata, kumpulan itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 12.30 tengah hari ini.

“Seramai 70 ahli kumpulan penyelamat pertama tiba (di KLIA) pada hari ini, mereka yang berada di kawasan terjejas selama 14 hari berjaya menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

“Ini adalah kejayaan buat pasukan penyelamat Malaysia. Masih ada lagi pasukan menyelamat berada di wilayah ini untuk melakukan kerja-kerja menyelamat,” katanya.

Malaysia menghantar pasukan SMART dengan 70 anggota ke Turkiye bagi membantu misi SAR mangsa gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti.



 

 

Gempa bumi kuat 7.8 magnitud melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari lalu, meragut puluhan ribuan nyawa.



Kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Turkiye mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan SAR berjalan lancar.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading