Johari tawar diri bertanding Naib Presiden UMNO
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, hari ini mengesahkan bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, menghantar borang pencalonannya di Auditorium UMNO di Menara Dato’ Onn pagi ini.
Johari adalah pemimpin parti keempat yang menyerahkan borang pencalonan bagi merebut tiga jawatan tertinggi UMNO itu, dengan tempoh pencalonan juga masih dibuka sehingga Ahad ini.
Sebelum ini, penyandang Naib Presiden iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sudah menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan jawatan masing-masing.
Selain itu, Ahli MKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut menghantar pencalonannya bagi jawatan sama
BHOnline