Suami Influencer Hadir Ke JPN, Selesaikan Isu Pendaftaran Nama Anak

Suami kepada pempengaruh Nor Sufia Johari atau mesra disapa Cik Pia telah menghadirkan diri ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bagi memberi kerjasama dalam urusan pendaftaran nama anak mereka.

Suaminya Kay Azlee atau lebih dikenali dengan panggilan Boss Kay memuat naik satu hantaran video di laman sosial TikTok bagi menjelaskan bahawa dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dalam isu pendaftaran nama anak mereka.

Menerusi video tersebut, Boss Kay dilihat telah menghadirkan diri ke JPN Pahang bagi menjalankan proses pendaftaran nama anaknya yang bernama Arumi.



Alhamdulilah. Proses pendaftaran Arumi selesai. Saya sudah beri kerjasama kepada pihak JPN.

Pesanan Boss Kay

Dalam pada itu, dia yang juga pempengaruh popular di TikTok meninggalkan pesanan seolah-olah ditujukan kepada isterinya.

Satu pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan, jangan sesekali buat keputusan saat overthinking.

Jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan, boleh dikenakan hukuman, hati-hati. “



 

Terdahulu, menerusi akaun TikTok, Cik Pia meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap sikap suami yang enggan hadir bersama-sama mendaftarkan nama anak mereka sehingga anaknya perlu berbinkan dengan 99 nama Allah.

Sumber: TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button