EPL: Chelsea tidak mampu tewas lagi

EPL: Chelsea tidak mampu tewas lagi

EPL: Chelsea tidak mampu tewas lagi
CHELSEA masih tercari-cari rentak sebenar musim ini apabila berdepan prestasi tidak menentu di bawah kendalian Pochettino. – AFP

LONDON – Chelsea bakal bergelut untuk memperbaiki prestasi semasa apabila dijadual turun menentang Everton yang memiliki motivasi cukup tinggi selepas meraih dua kemenangan pada aksi sebelum ini.

Berdepan dua kekalahan dalam tiga perlawanan terakhir termasuk tunduk 1-2 menentang Manchester United pertengahan minggu ini, The Blues kelihatan berdepan masalah dari aspek fizikal dan kekuatan mental pemain.

Berdepan Everton, Chelsea dijangka berdepan cabaran fizikal ketika skuad kendalian Sean Dyche itu berjaya mempamerkan aksi luar biasa ketika membenam Newcastle United menerusi beberapa set-piece menarik dan hantaran lintang di bahagian sayap.

Situasi itu pastinya meresahkan pengendalinya, Mauricio Pochettino yang kehilangan hampir 10 pemain akibat masalah kecederaan, malah para pemain yang sedia ada juga berdepan masalah kepenatan.

“Kami sedar dengan pemain yang ada, ia akan akan memberi kesukaran buat kami. Separuh daripada pemain pasukan ini tidak dapat beraksi, jadi ia membuatkan kami sukar meningkatkan tahap permainan,” jelasnya.

Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh Pochettino itu semakin sukar untuk diterima oleh para penyokong The Blues yang semakin tipis tahap kesabaran kerana impian mereka untuk kembali ke pentas Eropah dilihat semakin kelam. – AGENSI

EPL: Chelsea tidak mampu tewas lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker