Pekerja belacan dituduh bunuh kekasih isteri

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja belacan dituduh bunuh kekasih isteri
Tanabalan, dituduh membunuh teman lelaki kepada isterinya di Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini, hari ini. FOTO Muhamad Lokman Khairi

Pekerja kilang belacan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas tuduhan membunuh kekasih kepada isterinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, D Tanabalan, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret T Ashvinii.



Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa membunuh S Sundararaj, 32, di tepi Jalan Taman Dato’ Nazri Langkap, di sini, jam 6.30 petang, 5 April lalu.

Oleh yang demikian, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri dilaporkan berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengganggu isteri tertuduh.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading