Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi masih ditidurkan

Oleh – Syeikh Baran


Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi masih ditidurkan
MUHAMMMAD Nur Hadith. FOTO Ihsan Pembaca

Pengawal peribadi yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor, belum sedarkan diri.

Siti Noraida Hassan, 38, berkata, suaminya Muhammmad Nur Hadith Zaini kini masih ditidurkan di Hospital Cyberjaya.



“Suami ditidurkan dan masih dalam pemantauan doktor,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Kelmarin, Muhammmad Nur Hadith menjalani pembedahan pada bahagian usus di hospital berkenaan dan dilaporkan stabil.

Menurut Siti Noraida, selepas pembedahan suami memerlukan pemantauan antara lima hingga enam hari manakala buah pinggang mungkin memerlukan dialisis sementara.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, mangsa berusia 38 tahun cedera selepas ditembak oleh Hafizul Harawi yang mahu melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya ketika menunggu jemaah umrah di KLIA.



Bagaimanapun, satu tembakan tersasar manakala satu lagi tembakan mengenai bahagian perut mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek yang melarikan diri berjaya ditahan polis di Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan, pada 15 April lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, suspek kemungkinan mahu melarikan diri ke Makkah melalui Thailand berdasarkan rampasan yang dibuat membabitkan sejumlah wang tunai dalam mata wang asing Riyal dan Baht daripada suspek.

Beliau dilaporkan berkata, polis turut rampas pistol jenis Glock 19 Austria bersama peluru hidup, mercun bola, telefon bimbit, pasport serta empat keping kad pengenalan milik orang lain.



Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 April ini untuk siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading