Empat lelaki ditahan miliki senapang angin, pistol buatan sendiri

Empat lelaki ditahan miliki senapang angin, pistol buatan sendiri

Empat lelaki ditahan miliki senapang angin, pistol buatan sendiri
BAHARUDIN Abdullah (dua, kanan) menunjukkan senapang angin yang dirampas di Dungun, hari ini. – UTUSAN/ NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN : Polis berjaya menahan empat lelaki bersama tiga laras senapang angin dan sepucuk pistol buatan sendiri dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, keempat-empat suspek berusia 29 hingga 48 tahun ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di kawasan Felda Kerteh 2 dan Kampung Durian Mentangau.

“Dalam serbuan pertama, iaitu kira-kira pukul 4.20 pagi, dua lelaki berusia 29 dan 37 tahun ditahan di kawasan ladang sawit Felda Kerteh 2.



“Kita turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri dan selaras senapang angin serta 28 biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru. Kedua-kedua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan berkaitan dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Baharudin berkata, dalam serbuan kedua iaitu kira-kira pukul 7.15 pagi, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki berusia 48 tahun di Kampung Durian Mentangau.

“Turut dirampas, selaras senapang angin, sebuah mesin welding dan beberapa biji bebola besi. Suspek ini juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Seterusnya, kira-kira pukul 8.30 pagi, kita berjaya memberkas seorang buruh berusia 40 tahun dan turut merampas selaras senapang angin buatan sendiri serta sebuah kompresor,” katanya.



Baharudin berkata, hasil pemeriksaan urin mendapati tiga daripada empat suspek tersebut positif metamfetamin.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku belajar membuat senapang angin menerusi internet sejak tahun lalu dan digunakan untuk memburu binatang.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Dalam pada itu, Baharudin berkata, pada hari yang sama, iaitu kira-kira pukul 4.15 petang, sepasukan polis dari Balai Polis Ketengah Jaya berjaya menahan empat lelaki berusia 16 hingga 23 tahun di Ketengah Jaya.

“Hasil tangkapan, kita berjaya merampas dua laras senapang menyerupai HK dan M16 tiruan, sepucuk pistol tiruan, sepasang gari, peluru getah, dua walkie talkie, dua topeng muka dan empat buah telefon bimbit.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan negatif dadah juga ditahan reman selama empat hari,” katanya.

Baharudin berkata, hasil siasatan awal, keempat-empat individu ini mengaku membeli senjata dan barang tersebut secara dalam talian untuk tujuan bergambar dan kes ini kita siasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 89 Akta Polis. – UTUSAN

Rebut hadiah YouTuber: Lelaki mengamuk isteri dirempuh

Empat lelaki ditahan miliki senapang angin, pistol buatan sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker