Gol kedua sah milik Rashford

London: Manchester United boleh mengesahkan Marcus Rashford secara rasmi dianugerahkan gol kedua ketika meraih kemenangan pada aksi final Piala Liga menentang Newcastle United, awal pagi tadi.

Penyerang itu menyambut hantaran Wout Weghorst dan sepakannya terkena Sven Botman untuk menewaskan Loris Karius buat kali kedua.

Terdahulu Casemiro menanduk masuk gol pertama untuk meletakkan United di hadapan.



Bagaimanapun, kelab itu telah menerima penjelasan bahawa Rashford sememangnya penjaring gol itu kerana rembatannya dianggap tepat ke sasaran oleh beberapa pegawai perlawanan di Wembley.

Ini bermakna ia adalah kali pertama Rashford menemui jaringan dalam perlawanan akhir dan menjadi detik manis untuknya selepas kali terakhir beraksi di Wembley ketika England tewas kepada Itali pada final Euro.

Ia menyaksikan Rashford sudah meledak 25 gol untuk United musim ini, yang juga pencapaian terbaik bagi penyerang itu.



Dia menamatkan kempen Piala Liga dengan meledak enam gol untuk United termasuk menjaringkan gol dalam setiap pusingan pertandingan itu.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button