Muat Naik Video Dengar Khutbah Di ‘Korea’, Fikry Ibrahim Dikecam Persenda Agama?

Baru-baru ini, pelakon dan pelawak iaitu Fikry Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas perkongsiannya di media sosial mengundang kecaman ramai.

Buat konten persenda agama?

Ini kerana, Fikry telah memuat naik sebuah video konten menunjukkan suasana dirinya ‘dijemput’ untuk menunaikan solat Jumaat di Korea Selatan sehingga dikatakan mempersenda agama serta budaya negara berkenaan.

Apa yang membuatkan ramai marah adalah penggunaan video Fikry yang memaparkan figura imam yang disegani di Korea Selatan iaitu Imam Abdullah Al-Kory dan tindakannya dalam video tersebut  yang turut dianggap tidak sopan kerana menunjukkan beberapa pergerakan berbentuk ‘mini love’.



Sekali dua boleh, bro. Tapi…

Susulan itu juga, netizen mengecam tindakan aktor tersebut kerana dia kerap menunjukkan pergerakan yang tidak sepatutnya ditonjolkan semasa mendengar khutbah Jumaat.

Video-video sebelum ni elok je duduk diam masa dengar khutbah kat ‘negara lain’. Kenapa sampai je Korea Selatan, macam-macam gaya yang ditunjuk.

Lama dah aku nak luah, sekali dua je tak apa nak buat video macam ini. Tapi ini dah melampau. Hambar pula tu.



Bukan itu sahaja, ramai juga yang meminta agar Fikry memadamkan video berkenaan yang telah dimuat naik sejak Jumaat lalu walaupun telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.4 juta.

Komen netizen

Sumber: Twitter

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button