Man City mara ke suku akhir Piala FA

LONDON: Phil Foden menjaringkan dua gol ketika Manchester City mara ke suku akhir Piala FA dengan kemenangan 3-0 ke atas Bristol City, manakala juara edisi 2021, Leicester dikejutkan 2-1 oleh Blackburn.

Skuad kendalian Pep Guardiola merakam kemenangan mudah pada aksi pusingan kelima di Ashton Gate hasil jaringan Foden dan Kevin De Bruyne.

Guardiola menghamburkan pujian ke atas penyerang England, Foden, yang mula mencapai prestasi terbaiknya selepas musim yang kurang konsisten.



“Kariernya sentiasa meningkat. Musim ini dia bergelut sedikit dan kurang memberangsangkan. Tetapi kini dia kembali ke tahap terbaiknya musim ini.

“Kariernya sentiasa meningkat. Musim ini dia bergelut sedikit dan kurang memberangsangkan. Tetapi kini dia kembali ke tahap terbaiknya musim ini.

“Kami masih berpeluang dalam tiga pertandingan. Kita lihat apa akan berlaku nanti,” katanya.



City mendahului permainan pada minit ketujuh selepas Foden menyempurnakan hantaran lintang Riyad Mahrez.

Foden menambah jaringan pada minit ke-74 hasil umpanan Julian Alvarez, menewaskan Max O’Leary dengan tindakan penyudah yang tepat.

De Bruyne memastikan kemenangan pada minit ke-81 buat juara enam kali Piala FA itu dengan rembatan jarak jauh.

Dalam satu lagi perlawanan pusingan kelima, Leicester dicemuh penyokong sendiri selepas Blackburn menamatkan misi mereka memburu tempat ke final Piala FA buat kali kedua dalam tiga musim.



Brendan Rodgers membimbing Leicester untuk kejuaraan sulung Piala FA pada tahun 2021, tetapi Rovers menghukum kealpaan benteng pasukan Liga Perdana Inggeris itu untuk menempah tempat di suku akhir.

Dengan Leicester berada di tangga ke-14 liga, hanya tiga mata di atas zon penyingkiran, Rodgers melakukan enam pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Arsenal pada hujung minggu, dan percaturannya memakan diri.

“Jika ada sesiapa yang patut dipersalahkan, ia adalah saya. Saya melakukan pertukaran dan ia tidak berhasil.

“Kami membawa empat pemain dalam kesebelasan utama yang memenangi Piala FA beberapa musim lalu. Tetapi mereka lebih baik berbanding kami dan ia sesuatu yang perlu dirisaukan,” kata Rodgers.



Rovers, yang mara ke kelompok lapan terakhir buat pertama kali sejak tahun 2015, mendahului permainan menerusi Tyrhys Dolan pada minit ke-33.

Sammie Szmodics menjadikan kedudukan 2-0 tujuh minit selepas rehat hasil gerakan dicetus Sam Gallagher.

Kelechi Iheanacho menyempurnakan hantaran Harvey Barnes pada minit ke-67 untuk merapatkan jurang, tetapi Blackburn terus bertahan untuk memastikan kemenangan.

Sementara itu Fulham menewaskan Leeds 2-0 di Craven Cottage untuk mara ke suku akhir buat pertama kali sejak tahun 2010. Kali terakhir mereka mara ke final kejohanan berkenaan ialah pada tahun 1975.



Brighton menang 1-0 ke atas Stoke untuk mara ke suku akhir buat kali ketiga dalam enam musim lalu.

The Seagulls, yang menewaskan Liverpool di pusingan keempat, kekal dalam misi memburu final Piala FA pertama mereka sejak tahun 1983.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button