Presiden PSG terbabit penculikan?

Paris: Presiden Paris St Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi kini disiasat atas dakwaan penculikan dan penyiksaan.

Ahli perniagaan dari Qatar itu berdepan siasatan selepas tiga hakim dilantik di Paris semalam.

Tuduhan ke atasnya berkaitan dengan penculikan dan penyiksaan ke atas pelobi Tayeb Benabderrahmane, 42, menurut Lequipe.



Al-Khelaifi menafikan semua dakwaan ke atasnya dan menegaskan keadilan akan ditegakkan pada akhirnya.

Benabderrahmane mendakwa dia diculik di Qatar pada 2020 dan mendakwa dia mempunyai dokumen berkaitan maklumat Al-Khelaïfi.

Peguamnya, Maïtres Romain Ruiz dan Gabriel Vejnar berkata mereka sangat berpuas hati dengan keputusan menyiasat kes terbabit.



“Kami sangat gembira fail sebenar kes ini menjadi subjek penyiasatan oleh hakim Perancis,” kata mereka kepada AFP.

Laporan menyatakan kes itu berkaitan dengan dokumen sensitif penganugerahan Piala Dunia 2022 kepada Qatar dan hak penyiaran televisyen untuk Piala Dunia 2026 serta Piala Dunia 2030 kepada BeIN Media yang pengerusinya adalah Al-Khelaifi.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button