Semakan Kes SRC – Bukan Najib , tetapi sistem Judisiari yang dalam perbicaraan.

Oleh Adam Malik

Bak kata salah seorang warga netizen yang portal kami sempat terima meseg nya.

Kes semakan SRC Datuk Seri Najib Razak bukan lah sebenar nya membicarakan DSNR.

Semua maklumat berkenaan intipati perbicaraan dan soal jawab antara dua pihak didalam mahkamah sudah pun menjadi pengetahuan umum.

Malah, kejadian kejadian serta pelbagai keputusan Ketika perbicaraan juga sudah menjadi “public knowledge”.

Maka, masyarakat dan orang ramai sudah pun dapat menilai nya tanpa perlu kelulusan tinggi undang undang.

Apakah apabila pihak pendakwa menghalang Peguam Queen Councel dari London mewakili DSNR rakyat biasa perlu kelulusan undang undang apabila jawaban mahkamah Peguam tidak fasih berbahasa Melayu?

Perlu kah rakyat belajar undang undang 10 tahun untuk memahami sebab sebab Pendakwa dan mahkamah halang pilih Peguam dari London kerana ada berpuluh ribu Peguam dalam negara, sambil itu mahkamah halang pembela meminta Pendakwa raya yang ada kepentingan ditukar dinafikan walaupun ada berpuluh ribu peguam lain untuk ganti?

Ini antara sebab sebab nya kes semakin hilang ‘Umph’ nya kerana terlalu banyak kesangsian terhadap mahkamah.

Tambah lagi dengan isu terkini yang semakin semarak berkenaan mahkamah dan Hakim Besar cuba halang Hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap “orang kena tuduh” ada kes menerima rasuah yang sah sudah disiasat oleh SPRM dan kini berada dipejabat Peguam Negara tetapi belum didakwa dakwa lagi.

Ini semua ‘accumulated’  dan menjadi kan kes semakan SRC terhadap Najib bukan berkenaan kesalahan atau tidak salah nya Najib Razak , tetapi lebih membicarakan “Sistem Judisiari” itu sendiri.

Pendek kata , bukan Najib yang dibicarakan , tetapi “sistem Judisiari” dan undang undang didalam perhatian rakyat.

Lebih malang, pendirian Ketua Hakim Negara itu sendiri menjadi ‘suspek’ kerana latar belakang KHN itu sendiri.

Maklumat maklumat teerkini berkenaan isi kandungan kes juga membantu rakyat membuat persepsi siapa sebenar nya yang tidak betul.

Jika sebuah kes rasuah seorang Hakim pun cuba di interpretasi sebagai kes “Pengasingan kuasa”  maka terlalu jelas lah seolah olah mahkamah dan judisiari ada masalah pemahaman isu.

Kemudian dari  isu “Separation of Powers” ia cuba dialihkan kepada isu “Adab” dan “Protokol” pula.

Akta dan undang undang section mana pula digunakan untuk hal ini?

Ketika Tun Mahathir pecat Ketua Hakim negara Tun Salleh Abas , tiada pun isu “Separation of Powes” muncul atau isu ‘adab’ dan ‘protokol’ muncul.

Terus dilanggari sahaja, boleh pula.

Maka , jelas sekali, pada hujung bulan Mac 2023, keputusan kes semakan SRC , bukan menilai Najib Razak, tetapi menilai sistem judisiari dan kehakiman.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker