Alicia Amin sah bercerai
Alicia Amin sah bercerai
Kuala Lumpur: Pelakon Alicia Amin, 28, mengesahkan sudah bercerai secara baik tanpa menjelaskan secara terperinci punca perceraian dengan Farzan Iqbal, 29, semalam.
Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin reda dengan ketentuan itu dan memaklumkan dia berada dalam keadaan baik.
“Saya baik-baik saja. Kami masih berkawan baik. Tak ada drama,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa itu mencetuskan spekulasi ramai sama ada dia sudah bercerai dengan suaminya Farzan menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam video terbabit, Alicia memakai jubah dan tudung berwarna hitam. Sambil dipayungi seorang lelaki, dia kelihatan beredar dari sebuah bangunan seakan-akan mahkamah.
Alicia dan Farzan bernikah pada 14 Februari 2021 dalam majlis yang berlangsung ringkas. Pasangan terbabit tidak dikurniakan cahaya mata.
Alicia Amin sah bercerai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :