Kepala kereta api terbakar, 296 penumpang selamat

Kepala kereta api terbakar, 296 penumpang selamat

Kepala kereta api terbakar, 296 penumpang selamat
Perjalanan kereta api Ekspres Timuran dari Tumpat ke Johor tergendala apabila enjinnya tiba-tiba terbakar, kira-kira 500 meter dari Stesen Tanah Merah, malam tadi. NSTP/Ihsan Pembaca

TANAH MERAH: Perjalanan kereta api Ekspres Timuran dari Tumpat ke Johor tergendala apabila enjinnya tiba-tiba terbakar.

Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam tadi sebaik kereta api yang membawa 296 penumpang itu bergerak dari Stesen Tanah Merah selepas mengambil penumpang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata api tercetus dari enjin di bahagian kepala kereta api selepas memulakan perjalanan dari stesen berkenaan.



“Api tiba-tiba muncul di bahagian enjin ketika kereta api tiba di kawasan Taman Tasek Kiara iaitu kira-kira 500 meter dari Stesen Tanah Merah.

“Sepasukan 12 pegawai dan anggota bertungkus-lumus memadamkan api yang membabitkan kebakaran sebanyak 90 peratus.

“Semua penumpang selamat, namun seorang penolong pemandu mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Tanah Merah serta dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd Zulkifli berkata, api dapat dikawal jam 11.50 malam manakala pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan kerja menunda bahagian gerabak yang terjejas.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Najib akan dapat perbicaraan semula?

Kepala kereta api terbakar, 296 penumpang selamat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button