Majlis Peguam Berbeza Pendapat Dengan T. Maimoon Berkenaan Siasatan SPRM Atas Nazlan
Majlis Peguam Berbeza Pendapat Dengan T. Maimoon Berkenaan Siasatan SPRM Atas Nazlan
Kebiasaannya, Majlis Peguam Malaysia atau Malaysia Bar Council (MBC) adalah badan yang paling vokal menyatakan pendirian mereka apabila berlaku konflik perundangan di Malaysia.
‘Without fear or favour’ MBC akan menyatakan pendirian mereka dan memberikan hujah perundangan untuk menyokong pendirian mereka.
MBC juga dengan angkuh mendakwa mereka tidak berpolitik dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan individu.
Mereka mendakwa MBC adalah badan yang bebas dari sebarang pengaruh atau cengkaman dari mana-mana pihak.
Menurut mereka, semua pandangan dan pendirian mereka selama ini adalah berpaksikan kepada prinsip Kedaulatan Undang Undang demi keadilan.
Tetapi apabila banyak pihak mempersoalkan keabsahan kenyataan Ketua Hakim Negara mengenai siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan, MBC dilihat membisu seribu bahasa.
Apakah sikap membisu MBC terhadap isu ini boleh dianggap sebagai tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara?
Sekiranya benar, ianya boleh dianggap sebagai satu keputusan yang agak memeranjatkan.
Bukankah MBC pernah dipuji oleh Ketua Hakim Negara kerana selalu mempunyai pendirian yang sama dengan beliau?
Atau mungkinkah sikap membisu MBC itu boleh dianggap sebagai cuba menyembunyikan kesilapan kenyataan Katua Hakim Negara tetapi tidak mempunyai hujah perundangan untuk menyokong?
Majlis Peguam Berbeza Pendapat Dengan T. Maimoon Berkenaan Siasatan SPRM Atas Nazlan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap