Maritim Malaysia aktifkan op carilamat kesan tiga lelaki dikhuatiri hilang di laut

Maritim Malaysia aktifkan op carilamat kesan tiga lelaki dikhuatiri hilang di laut

Maritim Malaysia aktifkan op carilamat kesan tiga lelaki dikhuatiri hilang di laut
Pegawai Sesyen Operasi Maritim Kelantan, Leftenan (M) Ishak Rahmat (tengah) bersama anggotanya di Jeti Kuala Kemasin, di sini, hari ini, memeriksa lokasi ops mencari dan menyelamat tiga nelayan yang keluar menangkap ikan di Perairan Kemasin dilaporkan hilang sejak semalam. – Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (carilamat) tiga lelaki yang dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka tidak pulang ke jeti sejak semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, semua mereka yang berusia antara 21 hingga 47 tahun termasuk dua beranak dilaporkan keluar ke laut jam 3 pagi semalam.

“Berdasarkan aduan yang diterima jam 10.40 malam tadi, bot bernombor pendaftaran KNF 7086 berwarna kuning yang dinaiki oleh Rohimi Ahmad, 47; anaknya, Nik Muhammad Syafiqrullah, 21, dan Muhammad Amir Zulfikar Che Wil, 29, sepatutnya tiba di jeti jam 6 petang hari yang sama.



“Bot terbabit dilaporkan keluar ke laut bersama empat bot yang lain dan mula bergerak balik secara berasingan.

“Namun selepas empat bot yang lain tiba di jeti, didapati bot yang dinaiki ketiga-tiga mangsa masih tiada di jeti berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah




Katanya, bertindak atas aduan, Maritime Rescue Coordination Centre (MRSC) Kuantan segera mengaktifkan Op Carilamat jam 12.30 tengah malam tadi dengan menggerakkan bot Perkasa 47 ke lokasi terakhir bot dilihat pada jarak lebih kurang 17 batu nautika daripada Kuala Kemasin.

“Anggota bertugas turut digerakkan ke jeti pendaratan untuk mendapatkan maklumat lanjut disamping Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) turut ditubuhkan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kemasin.

“MRSC Kuantan sudah membuat permohonan Navigational Telex (NAVTEX) kepada Jabatan Laut Malaysia untuk memaklumkan mengenai Op Carilamat kepada komuniti perkapalan.

“Komuniti nelayan setempat turut dimaklumkan untuk membantu pencarian. Op Carilamat ketiga-tiga mangsa sudah dimulakan jam 7 pagi hari ini membabitkan Bot Perkasa 33 milik Maritim Malaysia dengan keluasan radius pencarian 42 batu nautika persegi,” katanya.



Syed Nor Adli berkata, seramai 14 pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terbabit dalam op berkenaan selain turut dibantu oleh tiga buah bot nelayan tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hudud akhirnya boleh dilaksanakan di Terengganu?


“Maritim Negeri Kelantan menasihatkan kepada masyarakat khususnya komuniti maritim agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti di laut,” katanya.



Maritim Malaysia aktifkan op carilamat kesan tiga lelaki dikhuatiri hilang di laut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading