Fiza Halim temui cinta baharu?

Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Fiza Halim, kini nampaknya sudah bertemu cinta baharu dalam hidupnya.

Di TikTok, muncul videDo yang dimuat naik pengguna bernama @eijoy83, dipercayai kekasih baharu Fiza.

“Comelnya, anak siapalah ini. Mak dia, siapa punya ‘girlfriend’ lah ini?” kata lelaki itu dalam video yang dimuat naik itu.Video pendek itu memaparkan Fiza bersama anaknya, Siti Aleena menuju ke arah kereta yang dipandu lelaki itu.



“Salam uncle,” kata Fiza kepada anaknya.

Video itu juga turut dikongsi bersama keterangan, dan turut ditanda (tag) kepada nama akaun TikTok Fiza.

“Mengumumkan ketibaan puteri-puteri kesayangan aku,” tulisnya dan turut disertakan dengan tanda pagar #biarvideoyangberbicara.



Selain video pendek berdurasi 47 saat, itu, pemilik akaun itu turut memuat naik satu lagi video memaparkan Fiza yang sedang berjalan di hadapannya.

Dalam ruangan komen, rata-rata, ramai yang bertanya mengenai hubungan mereka selain memuji kecantikan Fiza.

Fiza bagaimanapun tidak memuat naik sebarang maklumat terkini mengenai hubungan terbaharunya itu.



Terdahulu, Fiza pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan bekas suami, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.

 

 



@eijoy83 Lengang sgt tu…😂😂😂@Fiza Halim ♬ Hitam Putih Kehidupan – Dato’ Sheila Majid

 

METRO

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button