Pilih calon yang Setia UMNO

Jangan benarkan pengkhianat terus berada dalam Umno

Oleh – Bakhtiar Omar


Pilih calon yang Setia UMNO

Menjelang pemilihan Umno 2023 yang akan berakhir pada 18 Mac ini, Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi mengingatkan agar para perwakilan memilih calon yang terbukti setia kepada parti.



Saranan tersebut dizahirkan Zahid semasa berucap di satu Majlis Pengenalan Calon-Calon yang bertanding.

Perlu diingatkan kepada semua perwakilan, sepanjang kekalahan BN sejak 2018, pelbagai tekanan telah dikenakan terhadap Umno termasuk gesaan membubarkan Umno.

Pilih calon yang Setia UMNO

Namun demikian, tekanan tersebut ditangani dengan baik oleh kepimpinan Umno serta ahli Umno yang terus setia kepada perjuangan parti.



TEKANAN BUKAN SAHAJA DARI LUAR, MALAH DARI DALAM UMNO JUGA ADA YANG MENEKAN

Tekanan bukan sahaja datang dari luar, malah tekanan turut hadir dari dalam Umno itu sendiri. Zahid menjadi ‘mangsa’ pertama tekanan bila diminta melepaskan jawatan yang dimenanginya atau bercuti sehingga satu masa yang ditetapkan.

Sokongan tanpa henti Najib Razak kepada Zahid ketika itu menjadi ‘azimat’ untuk Presiden Umno terus bertahan dan membuat kemunculan semula selepas tempoh bertenang.

Meanwhile, in his speech, Zahid also urged party members to vote for leaders who had the party’s best interests at heart, and who could further Umno’s agenda.

“We don’t want people who will undermine the present government or those who intend to support another party,” – Zahid Hamidi



Dengan kebangkitan semula Umno bermula pada PRK Cameron Highlands yang dikepalai Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Pahang, Umno tidak menoleh lagi ke belakang. Malah, kelibat Wan Rosdy sentias ada di setiap PRK yang ditandingi Umno.

Pilih calon yang Setia UMNO

FENOMENA ‘BOSSKU’ BANYAK BANTU PULIHKAN IMEJ UMNO

Seiring dengan fenomena ‘Bossku’, kehadiran Najib Razak di setiap program menjadi antara tarikan kepada pengundi kembali mengalihkan sokongan kepada Umno/BN. Tarikan Najib sangat kuat di mana-mana tempat yang dihadiri beliau sehingga meninggalkan kerisauan kepada lawan.

Pilih calon yang Setia UMNO



Begitu juga dengan Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan, satu figura yang dilihat sangat bersahaja dan dekat dengan rakyat.

Beliau turut memainkan peranan melalui ucapan yang sinis dan penuh kiasan tajam selain sentiasa bersama Zahid menghadapi cabaran yang dikenakan terhadap Umno.

Umno diuji apabila Perikatan Nasional ditubuhkan bagi mengambilalih tamuk pemerintahan. Apabila Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan ketika itu, pemimpin Umno pula diuji dengan jawatan yang menarik dan kelebihan yang diberikan.

Pilih calon yang Setia UMNO



Bermula dari titik itulah, kesetiaan pemimpin terhadap parti mula teruji. Ada yang terpesona dengan ‘nikmat’ yang dihamparkan dan mula mengumpul ‘dalil’ bagi menghalalkan matlamat supaya kedudukan serta jawatan mereka kekal. Tidak kurang ada yang sudah mula membandingkan kesetiaan kepada parti dengan jawatan yang diberikan.

Apabila tertubuhnya Kerajaan Keluarga Malaysia, ujian lebih berat berlaku kepada Umno. Kali ini, Umno pula menggepalai kerajaan namun kelebihan tetap diberikan kepada pihak lain kerana sandaran surat perjanjian.

PERJANJIAN ‘SULIT’ TONJOL BELANG SEBENAR SEGELINTIR PEMIMPIN UMNO

Hanya kerana Perjanjian Sulit, kesetiaan pemimpin Umno kepada parti mula luntur dan ada yang sudah berkira-kira mahu menyatukan semua parti berasaskan kaum Melayu di bawah satu payung.

Ini sesuatu yang sukar dilakukan Umno kerana Umno telah menjamin hak kaum-kaum lain menerusi perlembagaan negara. Sekiranya Umno menerima pelawaan serta helah untuk bersatu di bawah satu payung, maka kaum lain mempunyai hak untuk takut apa yang dijamin di bawah perlembagaan negara boleh ditukar mengikut suara 2/3 parlimen.



Ditakdirkan BN mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah, namun manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Walau pada awal, Umno bertegas kekal di kerusi pembangkang, akibat kesombongan serta sikap egoistik pemimpin Perikatan Nasional, Umno telah dipelawa PH untuk bersama membentuk kerajaan perpaduan.

Menjunjung Titah YDP Agong, Umno menerima pelawaan tersebut dan membentuk Kerajaan Perpaduan bersama PH tanpa menggadaikan prinsip Umno.

Pilih calon yang Setia UMNO

UMNO JUNJUNG TITAH AGONG BENTUK KERAJAAN PERPADUAN

Sekali lagi konflik berlaku dalam Umno apabila ada pemimpin yang enggan menerima hakikat Umno bersama PH dalam sebuah kerajaan. 

Berlaku pula sesi tikam-menikam dari belakang oleh pemimpin tertentu bagi sekali lagi menguji Umno. Cuma kali ini, Umno bertindak dengan lebih tegas dan mereka yang didapati telah melanggar Perlembagaan Parti dikenakan tindakan setimpal.

Apa yang dibanggakan ialah, walau pemimpin dikenakan tindakan, kesetiaan ahli Umno kepada parti masih utuh dan kuat kerana yakin setiap tindakan yang diambil ada sebab munasabah dan kukuh.

“Kembalilah sebagai pasukan UMNO” – Khaled Nordin

Kini, tiba masanya para perwakilan memilih samada mahu Umno terus porak poranda atau kembalikan semangat Umno seperti sebelum 2018.

Lihat sejenak siapa yang difikirkan telah menunjukkan komitmen bersungguh kepada Umno saat Umno dilanda musibah dan mereka yang terus menumpahkan kesetiaan kepada Umno saat diuji dengan pelbagai tarikan.

Berikan undi yang ada kepada mereka yang mampu bersama ahli Umno dan bersama kepimpinan utama Umno untuk kembali gemilangkan parti.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button