Berani kah Muhyiddin sumpah laknat seperti Najib dimasjid pada hari Jumaat?
Oleh Adam Malik
Hari ini hari tidak baik bagi mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Apa yang pernah dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak , kini telah Kembali 100% kepada Muhyiddin Yasin dengan izin Allah (swt)
Sama ada Muhyiddin ada melakukan perbuatan yang didakwa terhadap nya itu boleh dibuktikan oleh pendakwa dan disanggah oleh pembela Muhyiddin.
Muhyiddin dan penyokong tidak perlu gusar kerana kita dimaklumkan tiada arahan mesti penjarakan Muhyiddin “by hook or by crook” seperti yang terbocor berkenaan kes Najib Razak.
Selain jalan undang undang , satu lagi jalan untuk memberi keyakinan kepada orang Melayu Islam ada lah lafaz sumpah laknat seperti dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Orang tidak beriman sahaja boleh menyatakan Allah itu boleh ditipu dengan lafaz.
Muhyiddin terkenal dengan pandai baca doa setiap kali umum sesuatu Ketika musim darurat Covid19 , maka apasalah nya Kembali berdoa dan melafazkan sumpah untuk beri keyakinan tidak bersalah.
Tambah lagi boleh minta Allah melaknati sesiapa sahaja yang memfitnah dan menzalimi Muhyiddin sendiri.
Tidak perlu lah menghasut orang ramai yang tidak tahu apa tuduhan dan apa pembuktian nya.
Jika ada bukti menafikan tuduhan, kemukakan sahaja.
Rakyat boleh menilai seperti kes Najib yang terlalu banyak bercanggah dan keraguan.
Walau hakim sudah membuat hukuman atas bidang kuasa nya, namun fakta kes dan kandungan soal jawab dapat dibaca oleh rakyat dan mereka sudah Nampak banyak kelompongan nya dan timbul banyak persoalan.
Maka, Kembali lah kepada Allah untuk pembelaan sambil berusaha membuktikan tidak bersalah dimahkamah.
Usah menghasut dengan peersepsi poltik sambil menyusahkan rakyat yang tidak tahu menahu.
Soal jawab dalam mahkamah juga boleh menentukan kes itu benar atau direka reka seperti kes Najib Raaak dengan penukaran Hakim terpilih, penolak bukti dan pelbagai penafian lagi.
Kembalilah kepada Allah tempat berlindung.