Suhu panas melampau di AS
Suhu panas melampau di AS
Washington: Panas terik yang memecahkan rekod melanda sebahagian kawasan di Amerika Syarikat (AS) minggu ini, kurang sebulan selepas memasuki musim panas.
Phoenix, Arizona, pada Selasa memecahkan rekod suhu panas yang dicatatkan hampir setengah abad yang lalu, dengan hari ke-19 berturut-turut melebihi 43 darjah Celsius.
Cuaca sebelah malam memberikan sedikit kelegaan, dengan suhu menurun kepada 34 darjah Celsius untuk hari kesembilan berturut-turut, lapor United Press International (UPI).
“Walaupun di Phoenix suhu sentiasa panas pada musim panas, gelombang haba kali ini sangat kuat dan berlarutan.
“Malangnya, ia adalah petanda kepada perkara yang akan muncul memandangkan unjuran kesan perubahan iklim yang paling boleh dipercayai ialah kesan yang berkaitan secara langsung dengan peningkatan suhu global,” kata Pengarah Pusat Sains dan Penyesuaian Iklim di Universiti Arizona, Katharine Jacobs.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Perkara melibatkan Sanusi belum selesai” – Sultan Selangor
- Dua Menteri Besar PAS terkait skandal tanah jadi beban kepada PAS
- Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah
Sebahagian besar kawasan di selatan AS selatan berada di bawah kubah haba, dengan suhu dari California hingga ke Florida, memecahkan rekod.
“Gelombang haba berbahaya dan berpanjangan untuk sebahagian besar kawasan di selatan, menyaksikan kira-kira 80 juta penduduk mungkin mengalami suhu atau indeks haba melebihi 40 darjah Celsius. pada hujung minggu ini,” menurut amaran Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan pada Selasa.
Houston pada Selasa mungkin akan memecahkan rekod harian sepanjang 43 tahun, apabila suhu diramalkan mencecah 39 darjah Celsius..
“Gelombang haba boleh membawa maut, terutamanya bagi gelandangan, mereka yang bekerja di luar rumah dan yang tidak mempunyai penghawa dingin mencukupi.
“Mereka yang lebih berusia dan mempunyai masalah kesihatan perlu memastikan kekal terhidrat,” kata Jacobs.
Kawasan yang mengalami suhu paling panas pada musim panas kali ini ialah bandar-bandar yang lebih besar, manakala pinggir bandar yang mempunyai banyak pokok-pokok terlepas daripada cuaca panas melampau.
Suhu panas melampau di AS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.