“Kekuatan Umno adalah akar umbi” – Wan Rosdy

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


"Kekuatan Umno adalah akar umbi" - Wan Rosdy

Naib Presiden Umno, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan kekuatan Umno datang dari akar umbi Umno itu sendiri.



Beliau berkata demikian semasa ditanya wartawan mengenai serangan pihak lawan terhadap Umno terutama ketika kempen Pilihanraya Negeri sedang rancak berlangsung.

Wan Rosdy turut menjelaskan gelaran ‘UmDap’ yang dilontarkan terhadap Umno. Beliau menjelaskan kerjasama yang dijalinkan dalam Kerajaan Perpaduan bukanlah kerjasama Umno dengan DAP sebaliknya ia merupakan kerjasama antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

"Kekuatan Umno adalah akar umbi" - Wan Rosdy

“Kerajaan ini adalah kerajaan perpaduan, menjunjung Titah Ke Bawah Duli Tuanku Agong selepas tidak ada mana-mana parti yang mempunyai majoriti membentuk kerajaan, ini penting untuk difahami semua” – Wan Rosdy



Terbentuknya Kerajaan Perpaduan pula bukanlah sesuatu yang dibuat sambil lewa oleh BN. Sebelum bersetuju membentuk kerjasama, PH telah bersetuju dengan syarat yang diletakkan.

Wan Rosdy juga mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon BN yang telah diberi mandat dari parti.

"Kekuatan Umno adalah akar umbi" - Wan Rosdy

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Kita Madani di Tapak Pasar Sehari Dong, Raub. ADUN Dong merangkap Exco Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Kamal turut hadir bagi menyambut ketibaan Menteri Besar Pahang.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button